Singkatan J.K.R yang sebenarnya (bererti Jabatan Kerja Raya ) memang popular kerana ia biasanya dikaitan dengan usik-usikkan "Jangan Kerja Rajin." Kata orang, ini ada kaitan dengan banyak kejadian dimana kerja atau projek yang dikendalikan oleh jabatan ini selalu saja lambat siap. Betulkan? Tidak semua begitulah...Walau bagaiman pun ada juga kebenaran usikkan ini. Sebab itu, baiklah jika ianya diubah supaya ianya berbentuk seruhan dan amaran: "Jaga! Kerja Rajin-rajin!! Kalau tidak kena buang kerja!"
Selain daripada itu. ada juga orang yang berpendapat bahawa singkatan ini juga boleh diberi perbagai erti. Contohnya adalah seperti dibawa:
Jasa Kepada Rakyat(Kata seorang Menteri)
Jangan Kuat Rasuah(Khas untuk orang-orang macam-macam!)
Jauh-jauh Kentut. Rosak!(Suatu teguran yang berbisa)
Jangan Kacau Rina(Nama kekasih lah tuu..).
Jantung Ku Resah(Ada masalah bah).
Jatuh Kepada Rasuah(Tidak berdaya menolak godaan RM).
Jaguh Kasi Rasuah(Sikit-sikit, kasih rasuah).
Jahat.Kedekut.Rosak!
Jalan Kena Rosak.
Jauhilah Kejahatan & Rasuah.
1 comment:
Pado..s suka yang JANGAN KERJA RAJIN.. boleh jadi bahan sindiran kepada para contractor JKR yang kerja sampai malam..tapi jalan tetap 'grable' atau 'berbukit bukau'..lubang sini sana..timbus lambat2.. bila timbus jalan pun 'bergelombang' hehehe
Post a Comment