Monday, March 16, 2009

Cakap saya bilang!

Kelas darjah satu tiba-tiba berbau. Guru kelas
bertanya kepada kanak-kanak didalam kelas.
"Siapa kentut nii? Bau betul? Cakap! Cakap!
Semua kanak-kanak diam sahaja. ? Guru bertanya lagi.
"Cakap saya bilang! Cakap! Siapa yang kentut?"
Tapi, kanak-kanak semuanya diam. Tapi, tiba-tiba seorang anak angkat tangan.
"Oh.....kau yang kentut yaa..." jeling guru dengan mata yang tajam.
"Tidak Cikgu... Tidak,"kata anak itu.
"Jadi, kenapa kau angkat tangan?"
"Emmmm.....tiada yang cakap-cakap. Cikgu saja. Barangkali cikgu yang kentut...." kata anak itu dengan suara yang terketar-ketar sambil menutup mulutnya. Ini diikuti dengan "Ha ha ha haaa.... " dari semua murid. Hati guru bagaikan dikejutkan dengan petir dan kilat tapi masih.....mampu tersenyum lebar. Bukan apa! Tapi, macam logik pula kata-kata anak yang comel ini(fikir guru berkenaan).
" Adoi giaa.....Cuteeee........betul kau boy........" katanya sambil menahan sabar tapi perut bergerak-gerak juga kerana menahan ketawa. He he he ....

1 comment:

Unknown said...

Hahahahaha...sa pun rasa funny oww Pado? hehehe