Friday, March 27, 2009

Makan kedai

Ibu: "Bah! Anak-anak cepat-cepat. Mami tidak ada masa masak hari ini. Jadi kita pegi makan kedai.Cepat! saya lapar ni!" Tiba-tiba seorang daripada anaknya yang baru-baru saja masuk kelas satu berkata: "Saya tidak mau pegi......"
Ibu: "Kenapa pula? Sedap bah makan kedai...sayang..."
Anak:"Tidak mau. Nanti patah-patah lah gigi saya mami. Karas bah tu kedai...batu dan simen bah tuu."
Ibu: "Luyur buruk! Mantang-mantanglah dah masuk sekolah! Yaa....lah. Ya...lah...Kita bukan makan kedai. Kita pegi makan di kedai!"

(Nota: Luyur=Lawyer/Peguam)

Wednesday, March 25, 2009

Remember me....

Bagus betul ini lagu...."Remember me this way.
Cuba-cuba gia dengar. Bikin keluar air mata juga kalau ada seseorang yang benar-benar anda MISS @ Rindu tapi dah.........gia tiada.

http://www.youtube.com/watch?v=LjSTwF2a7DQ

Monday, March 23, 2009

Sungguh bertuah!

Dua orang kawan yang sedarjah semasa di bangku sekolah secara kebetulan bertemu di Supermarket. Memang menyoronokkan terutama sekali bila bercerita tentang kisah lalu. Akhirnya mereka bercakap mengenai perkahwinan.
Bakar: "Apa macam bini yang kau dapat?"
Mamai: "Hey....saya punya bini macam malaikat bah. Baik betul tapi dia dah pergi dua tahun yang lalu. Kadang-kadang tuu...saya rindu betul dengan dia.."
Bakar:"Wah! Kau memang betul-betul bertuah. Saya nii......Huhh! Bini masih hidup bah!"

Really lucky!

Two friends met after forty years. It was a wonderful occasion. Finally their topic was on marriage.
Max: "What kind of a wife did you get?
Jon : "My wife is an angel. Yess....she was so wonderful!"
Max: "She WAS.......you mean..."
Jon : "She passed away two years ago."
Max: "Wow! You are really lucky. My wife is still alive!"

Monday, March 16, 2009

Cakap saya bilang!

Kelas darjah satu tiba-tiba berbau. Guru kelas
bertanya kepada kanak-kanak didalam kelas.
"Siapa kentut nii? Bau betul? Cakap! Cakap!
Semua kanak-kanak diam sahaja. ? Guru bertanya lagi.
"Cakap saya bilang! Cakap! Siapa yang kentut?"
Tapi, kanak-kanak semuanya diam. Tapi, tiba-tiba seorang anak angkat tangan.
"Oh.....kau yang kentut yaa..." jeling guru dengan mata yang tajam.
"Tidak Cikgu... Tidak,"kata anak itu.
"Jadi, kenapa kau angkat tangan?"
"Emmmm.....tiada yang cakap-cakap. Cikgu saja. Barangkali cikgu yang kentut...." kata anak itu dengan suara yang terketar-ketar sambil menutup mulutnya. Ini diikuti dengan "Ha ha ha haaa.... " dari semua murid. Hati guru bagaikan dikejutkan dengan petir dan kilat tapi masih.....mampu tersenyum lebar. Bukan apa! Tapi, macam logik pula kata-kata anak yang comel ini(fikir guru berkenaan).
" Adoi giaa.....Cuteeee........betul kau boy........" katanya sambil menahan sabar tapi perut bergerak-gerak juga kerana menahan ketawa. He he he ....

Wednesday, March 11, 2009

Too much of screen saver!

A man came up to the gate of heaven and God wasn't sure what to do with him. On one hand, he gave a lot of charity, but on the other hand, he did a terrible things. So God decided to give him a choice of whether he wanted to go to heaven or hell.

The man said: "Well, what are heaven and hell like?"
God takes him to heaven where he sees a group of holy men and women reading over various holy texts. Then, He takes him to hell where he sees a beautiful beach with palm treee and a lot of sexy girls. Without giving it much thought, the man says, "I'll take hell."

A few days later, God goes down to see how the man is doing, and he's so angry. "It's sooooo hot here! This isn't what I saw before!"To which God replies, "I'm sorry, you must have seen too much of screen saver!"

Thursday, March 5, 2009

J.K.R

Singkatan J.K.R yang sebenarnya (bererti Jabatan Kerja Raya ) memang popular kerana ia biasanya dikaitan dengan usik-usikkan "Jangan Kerja Rajin." Kata orang, ini ada kaitan dengan banyak kejadian dimana kerja atau projek yang dikendalikan oleh jabatan ini selalu saja lambat siap. Betulkan? Tidak semua begitulah...Walau bagaiman pun ada juga kebenaran usikkan ini. Sebab itu, baiklah jika ianya diubah supaya ianya berbentuk seruhan dan amaran: "Jaga! Kerja Rajin-rajin!! Kalau tidak kena buang kerja!"

Selain daripada itu. ada juga orang yang berpendapat bahawa singkatan ini juga boleh diberi perbagai erti. Contohnya adalah seperti dibawa:
Jasa Kepada Rakyat(Kata seorang Menteri)
Jangan Kuat Rasuah(Khas untuk orang-orang macam-macam!)
Jauh-jauh Kentut. Rosak!(Suatu teguran yang berbisa)
Jangan Kacau Rina(Nama kekasih lah tuu..).
Jantung Ku Resah(Ada masalah bah).
Jatuh Kepada Rasuah(Tidak berdaya menolak godaan RM).
Jaguh Kasi Rasuah(Sikit-sikit, kasih rasuah).
Jahat.Kedekut.Rosak!
Jalan Kena Rosak.
Jauhilah Kejahatan & Rasuah.