Tuesday, October 23, 2012

Bosouku....

BN= Biasanya kalau mengikut cakap-cakap politik bererti Barisan Nasional.
TAPI bagi  orang-orang yang marah dan geram dengan Kerajaan BN, BN tu bermaksud Buanglah Nasional.  Walau bagaimana pun ada juga orang cakap kalau buang BN itu bererti Buang Nasip. Jadi kekalkan BN supaya Banyak Nikmat lagi diterima. Tapi ada juga orang-orang yang memang beria-ia nak tumbangkan BN kerana nak rasa Kuih Baru @ PM baru maka  mereka menekankan bahawa BN tu adalah sebuah slogan politik  mereka yang berbunyi Buanglah Naajippp! Tapi bagi para peminat setia PM, BN tu adalah sebuah  singkatan  bagi memberi semangat kepada PM dan ini perlu dilaungkan dengan kuat yang berbunyi," Bertahanlah Naajippp!" Tapi ada juga segelintir orang-orang yang sederhana  yang berkata, BN itu, ertinya Bah Ngam-ngam....!(Hehehe...).
Yaaa Bah.......erti BN ini ini memang banyak sekali ertinya bergantung kepada orang-orang yang menggunakannya sesuatu dengan agenda dan tujuan tersendiri. Siok kan? Banyak ertinya. Akhir sekali Si Gaman  bilang BN tuuu ertinya ....Bosouku Nansak! (Bosouku Masak!) Buli tahan juga kata-kata Si Gaman niii. (.Hahahaha......)


1 comment:

Unknown said...

Bah Fr..habislah BN (Bosouku Nansak) hahaha...ni kali lah