Friday, October 30, 2009

Saya NOKOS.....

Kelas Tadika Biru tiba-tiba ada bau-bau. Guru kelas mendekati si Boboi yang telah beberapa kali kedapatan kentut didalam kelas:

"Boboi, kau kentut lagi kah?"
"Tidak cikgu..."
"Tapi, kenapa kau macam bau-bau nii?"
"Saya tidak kentut cikgu. Saya NOKOSIRIT......Sori kio!"

(Nokosirit perkataan Dusun yang bererti ada tahi sikit terkeluar semasa terkentut!)

Thursday, October 22, 2009

Kisah Si Ah Bian

Kisah pertama: Kenapa si Ah Bian pergi tingu wayang bersama denga 18 org kawannya? Sebab, di bawah 18 tidak dibenarkan masuk!

(Why did Ah Bian go to a movie with his 18 friends? Because below 18 not allowed! )

Kisah kedua: Si Ah Bian mau beli TV berwarna. Jadi dia pegi kedai lah.
Ah Bian: "Tokey, ada TV yang ada warnakah?
Tokey: "Ada!
Ah Bian:" Bah, kasi saya warna hijau ahh."

(Ah Bian wants to buy a TV set. He goes to a shop.
Ah Bian : "Tokey, Do you have color TV ?"
Tokey: "Yes !"
Ah Bian : "Give me a green one, please.)

Saturday, October 10, 2009

Bunting!

Ray terjumpa kawan lamanya, Jon dan bertanya hal isterinya.

Ray: "Wah! Jon saya dengar bini kau, bunting sudah."
Jon: "Celaka! Kenapa kau cakap bini saya bunting?!"
Ray: "Bah, saya dengar-dengar gitulah. Betulkah itu?"
Jon:"Tidak! Bini saya hamil mah...."
Ray:"Samalah bah erti tu!"
Jon:"Tidak sama. Bunting tuu untuk binatang macam karabau atau sapi!"
Ray:"Bah...sorilah....."
Jon:"He he he...saya pahamlah bah maksud kau tii. Main-main mah..He he he."

(Nota: didalam perbualan, Marilah kita belajar menggunakan perkataan yang bagus dan betul bin NGAM!)

Monday, October 5, 2009

Menggatal.

Seorang anak bertanya kepada bapanya yang sedang mengikat tali kasutnya:"
"Pak, kau pegi mana?"
"Pegi Menggatal bah!"
"Aik! Masi menggatalkah? Nanti saya kasi tau mama!"

(Nota: Dalam perkahwinan memang ada godaan. Tapi, tabahkan hati dan jangan lupa berdoa.Mohon kekuatan daripada Tuhan. Kalau pergi ke pekan Menggatal, tidak ada apa-apa bah tuu. Jangan saya sampai sana asyik menggatal saja! Jagalah kemurnian perkahwinan.He he he...)