Tuesday, February 10, 2009

Siapa yang bodoh?

Seorang bapa begitu beria-ia mahu menunjukkan kepada kawannya bahawa anak lelakinya yang ketiga adalah anaknya yang paling bodoh. Dia meletak RM2.00 ditangan kanannya dan RM.1.00 disebelah kiri lalu memanggil anaknya yang ketiga.
"Boi boi, ambil duit yang kau mahu." Anak itu dengan cepat mengambil wang disebelah kiri lalu pergi membeli gula-gula.
"Nah kan! Betulkan cakap saya. Inilah anak saya yang paling bodoh.Dia bukan ambil yang RM2.00. Dia ambil pula yang RM1.00. Banyak kali sudah saya buat begini tetapi anak nii.....ambil juga yang RM1.00! Bodoh betul!"

Tidak lama daripada itu kawan bapa anak itu terjumpa anak itu sedang memakan gula-gula. Dia bertanya:"Boi boi, kenapa kau tidak ambil yang RM2.00?" Anak itu menjawap:"Kalau saya ambil yang RM2.00, TAMATlah... wayang bapa...."katanya sambil ketawa kecil,"He he he.......Pakcik, siapa yang bodoh?"

1 comment:

Unknown said...

Itu budak nda mau kasih 'malu' bapa dia bah tu hehheeee..stil respect the elders kan Father?