Friday, September 26, 2008

Sentuhan "Bah!" dan "Lah!"

Jangan bah!
Bah! Makan betul-betul.
Bah! Minum.
Bah! Kita jalan.
Bah...saya jalan dulu.
Bah! Jangan main-main.
Bah! Jangan tunggu saya..
Bah! Kalau saya marah..
Jangan marah-marah bah!
Sayang bah tuu!
Bah! Tiada kerja lain kah?!
Bah....dimana dia ni?

Sudahlah tuu...
Marilah...makan
Marilah..minum
Buatlah...
Kau jalan dulu lah...
Manalah...saya tau

Bah! Kau yang pandai, buatlah...bah!
Begitulah...bah...tuu.
Bah, terima kasih lah...
Sayanglah bah!

Monday, September 22, 2008

Lambat

Orang bilang: " Biar lambat asalkan selamat."
Sebenarnya, bererti biarlah lambat asalkan sampai
dengan selamat. Dan kalau dah lambat tak perlulah laju-laju, bahaya!
Lagi pun sampai pun tetap dah lambat.Tetapi janganlah dah lambat,
main lambat-lambat lagi!
Cepatlah sikit tapi janganlah memandu
macam pemandu F1 pula!

Friday, September 19, 2008

Seorang wanita berjumpa dengan seorang temannya meminta bantuan mengenai dengan burung tiung betinanya yang selalu bercakap kotor, " Hai! Saya gatal. Marilah bercium.." Kawannya menjawap: "Itu tidak susah. Bawa burung kau tuu. Kasi tinggal bersama-sama dengan burung jantan saya yang pandai berdoa dan memuji Tuhan. Burung saya nii selalu cakap"Praise the Lord." Marilah pergi tengok." Lalu wanita itu pergi melihat burung berkenaan. Wah! Memang menakjubkan burung itu kebetulan sedang menyatukan kedua-dua sayapnya macam berdoa dan berkata "Praise...the Lord." Jadi, pada keesokan hari, wanita itu membawa burungnya. Apabila dimasukkan kedalam kandang burung kawannya. Burungnya berkata," Hai! Saya gatal. Marilah bercium..." Burung kawannya menjawab, "Praise the Lord. Dia telah menjawap doaku!"

Monday, September 15, 2008

Selepas bergaduh, suami berkata kepada isterinya,'Saya bodoh bah! Kahwin dengan kau!" Isterinya menjawab,'Yaa...darling. Saya terlalu tergila-gilakan kau, itulah saya tak nampak hal itu!"
After a quarrel, a husband said to her wife, 'You know, I was a fool when I married you!'
The wife replied,'Yes, dear, but I was really in love and that why I didn't notice it!'

Sunday, September 14, 2008

Exam;Tuhan tahu.

Pada peperiksaan(Exam) dibulan Disember, seorang murid tidak tahu bagaimana menjawap soalan yang diberi. Lalu, dia menulis: Jawapan untuk soalan ini, Tuhan tahu! Selamat Hari Krismas, Cikgu.

Selepas cuti sekolah dia kembali bersekolah pada bulan Januari. Dia menerima kertasnya daripada Cikgunya yang menulis: Tuhan mendapat 100 marakah. Anda mendapat kosong. Selamat kembali ke sekolah dan Selamat Tahun Baru, Jon!

Saturday, September 6, 2008

Mahkamah & peguam

Di dalam mahkamah, seorang pesalah dibicarakan atas tuduhan mengelapkan wang syarikat sebanyak RM2 juta.
Ketua Hakim: "Apakah kau akan memberi keterangan yang benar?"
Pesalah:"Tuah Hakim, saya serba-salah didalam hal ini?
Ketua Hakim:"Kenapa pula? Apa masalahnya?"
Pesalah: "Saya mahu berterus-terang tetapi para peguam bela saya membantah
keputusan saya!

(Wang adalah punca segala-galanya, buruk atau baik.Tetapi wang pada amnya adalah baik. Ia menjadi jahat dan buruk bila disalah-gunakan oleh pengguna.Gunakanlah wang untuk kebaikan.)

Friday, September 5, 2008

Sajak: Segala-galanya manis!

Didalam dunia percintaan segal-galanya manis. Yaaa....
Bila jatuh cinta, memang manis sekali...
Bila darling cakap,"I Love you." Wah! manis sekali...
Bila bertunang. Aduh! begitu manis sekali...tak sabar-sabah lagi mau kahwin.
Bila kahwin, Wah! manis sekali.......bergegar seluruh badan.
Bila dapat anak, tambah manis lagi....
Tapi bila dah tua yang tinggal hanyalah kencing manis!
Maklumlah terlalu makan yang manis-manis.
Terkenalah penyakit kencing manis!
Dan si Manis pula, dah tak manis.
Maklumlah dah tua, gigi pun dah rompang!
Muka pun macam "kertas pasir" dah....
Tapi.....dia tetap bertakta didalam hatiku.
Aku setia padamu sampai mati, darling!
(He he he heee....)

Thursday, September 4, 2008

Lelaki Vs Wanita

Bila gambar keluarga terletak di atas meja
Lelaki -Seorang bertanggungjawab
Wanita -Jenis yang pentingkan keluarganya sebelum kerjaya
Bila meja bersepah-sepah
Lelaki -Rajin bekerja dan seorang yang sibuk
Wanita -Tidak tau jaga kebersihan
Bila sedang bercakap dengan rakan sepejabat
Lelaki -Sedang berbincang tentang pekerjaan
Wanita -Mengumpat dan bergossip
Bila tidak berada di mejanya
Lelaki -Tengah meeting
Wanita -Dalam tandas sedang bersolek
Bila tidak ada di pejabat
Lelaki -Jumpa customer atau supplier
Wanita -Keluar shopping
Bila makan tengahari bersama boss
Lelaki - Mungkin akan naik pangkat
Wanita -Mungkin Ada hubungan sulit
Bila boss mengkritik
Lelaki -Lepas ni mesti dia akan berusaha meningkatkan pencapaian
Wanita -Lepas ni mesti merajuk
Bila boss bersikap tidak adil
Lelaki -Marah
Wanita -Menangis
Bila akan berkahwin
Lelaki -Akan lebih bertanggungjawab dan matang selepas ini
Wanita -Mengandung, beranak dan akhirnya dapat cuti panjang
Bila mempunyai anak
Lelaki -Memerlukan bonus atau kenaikan pangkat
Wanita -Membebankan wang syarikat dengan cuti bersalinnya
Bila naik pangkat
Lelaki-Mungkin "Lupa" isteri dan anak-anak & Kuat "Aramai Tii!"
Wanita-Ingat anak-anak
Bila keluar untuk urusan perniagaan
Lelaki -Bagus untuk membina kerjaya
Wanita -Apa suami/mentua dia akan kata?
Bila berhenti kerja dan mendapat pekerjaan baru
Lelaki -Mengenali yang mana satu memberi kelebihan
Wanita -Lelaki merasa "terancam"
Bila belum kahwin
Lelaki-Romantik & sabar & Selalu belanja darling
Wanita-Romantik & Manja & Selalu kena kasi belanja
Bila dah kahwin
Lelaki-Kurang romantik, marah-marah & kedekut
Wanita-Sabar, segan bermanja & tanggung belanja dapur
Bila dah tua
Lelaki-Mungkin "menggatal" lagi!
Wanita-Merasa "kesunyian"

Well...betulkah nii? Macam ada juga kebenarannya juga yaa...? Hehehehe
John asked the old man,"Excuse me, Sir. What is the time? The old man just looked at his watch but did not say anything. Then, John asked again,"Excuse me, Sir. Can you please tell me the time." The old man once again glanced at his watch but did not say anything. So John asked again,"Excuse me..." But before he could finish his words the old man intercepted, "Why do you keep on asking about the time? You see, I know you are interested to this young lady next to me. And I don't want a son-in-law who can't afford a simple watch!"
Seorang lelaki bertanya kepada seorang gadis yang muda dan cantik."Cik, dah jam berapa nii? Gadis itu melihat jam ditangannya tetapi tidak berkata apa-apa. Jadi, lelaki itu bertanya lagi," Cik, b0leh kau beritahu saya, jam berapa sudah nii?" Dia melihat lagi jamnya tapi tidak menjawab. Lalu lelaki tuu bertanya lagi dengan nada yang seolah-olah minta kasihan," Tolonglah...bolehkah kau kasi tau saya, dah jam berapa nii?" Kenapa bah kau nii, balik-balik tanya? Datanglah dekat-dekat dan...lihatlah sendiri jam ditangan saya nii,"katanya dengan nada yang agak manja. "Yaa kan! He he he maaf yaaa..."

(Nota: Tiga tahun selepas tuu, mereka berkahwin.)