Kristian kelawar
Tiga kampung yang agak berdekatan mempunyai masalah yang sama iaitu Gereja mereka masing-masing dilanda oleh kelawar akibatnya Gereja bau dengan tahi kelawar. Mereka masing-masing cuba menyelesaikanya mengikut kepakaran masing-masing.
Kampung 1 menangkap semua kelawar berkenaan dan mereka membawany kira-kira 1o kilometer daripada kampung mereka lalu melepaskan kwlawar tersebut. Tetapi tiga hari kemudian kelawar-kelawar itu berhinggapan lagi didalam Gereja. Usaha mereka gagal.
Kampung kedua pula mengambil keputusan untuk menghalau kelawar berkenaan dengan menggunakan asap tebal. Buat sementara waktu, Gereja itu bebas daripada kelawar. Tetapi pada keesokan petang kelawar itu bergantungan lagi didalam Gereja. Usaha mereka juga gagal.
Kampung 3 pula memanggil seorang paderi untuk memberkati Gereja itu and "membaptis" kelawar-kelawar itu dengan mempercik air berkat. Kelawar itu terus hilang. Cuma mereka akan muncul paa hari Paska dan Hari Krismas!!!
Renungan: Berapa kali anda(kita/kamu) pergi ke Gereja didalam setahun? Apakah kita seperti kelawar?