Friday, October 19, 2007

Memang dah tua!

Pat dan kawan-kawannya sedang makan di rumah John. Setelah selesai makan makanan yang utama maka sampai masanya memakan buah-buah. Pat berkata kepada kawan-kawan:
" Ok, pisang-pisang. Siapa mau pisang?"
"Pat! Yang kau pegang tuh bukan pisanglah! Itu jagunglah.." kata John.
Pat sambil tersenyum dan dengan diiringi suara yang kelakar, "Ahhh......yaa...mau tua sudah bah! Inilah tanda-tanda mau tua bah!"
"Pat kau tuu bukan mau tua. Tapi memang dah tua! Lebih 41 tahun sudah! Permulaan menuju era nyayuk..."

Friday, October 12, 2007

Teruskan berdoa!

Teruskan berdoa
Ribut sangat kencang dan kaptain kapal itu menyedari bahawa kapal itu rosak dan mula tenggelam. Ia bertanya kepada para penumpang adakah diantara mereka yang "kuat berdoa." Seorang pemuda tampil dan berkata." Saya kuat berdoa."
"Bagus, teruskan doa anda. Sementara itu kami semua memakai baju keselamatan. Kita kekurang satu baju!"
Renungan: Apakah anda/saya setia berdoa setiap hari? Rajinkah anda/saya berdoa?
Kristian kelawar
Tiga kampung yang agak berdekatan mempunyai masalah yang sama iaitu Gereja mereka masing-masing dilanda oleh kelawar akibatnya Gereja bau dengan tahi kelawar. Mereka masing-masing cuba menyelesaikanya mengikut kepakaran masing-masing.
Kampung 1 menangkap semua kelawar berkenaan dan mereka membawany kira-kira 1o kilometer daripada kampung mereka lalu melepaskan kwlawar tersebut. Tetapi tiga hari kemudian kelawar-kelawar itu berhinggapan lagi didalam Gereja. Usaha mereka gagal.
Kampung kedua pula mengambil keputusan untuk menghalau kelawar berkenaan dengan menggunakan asap tebal. Buat sementara waktu, Gereja itu bebas daripada kelawar. Tetapi pada keesokan petang kelawar itu bergantungan lagi didalam Gereja. Usaha mereka juga gagal.
Kampung 3 pula memanggil seorang paderi untuk memberkati Gereja itu and "membaptis" kelawar-kelawar itu dengan mempercik air berkat. Kelawar itu terus hilang. Cuma mereka akan muncul paa hari Paska dan Hari Krismas!!!
Renungan: Berapa kali anda(kita/kamu) pergi ke Gereja didalam setahun? Apakah kita seperti kelawar?

Wednesday, October 3, 2007

Donkey/Ass
A pastor entered his donkey in a race and it won. The pastor was so pleased with the donkey that he entered it in a race again and it won again. The local newspaper read:

"PASTOR'S ASS OUT FRONT".

The Bishop was so upset with this kind of publicity that he ordered the pastor not to enter the donkey in another race. The next day, the local newspaper headline read:

"BISHOP SCRATCHES PASTOR'S ASS".

This was too much for the Bishop that he ordered the pastor to get rid of the donkey. The pastor decided to give it to a nun in a nearby convent. The local paper, hearing the news, posted the following headinle the next day:

"NUN HAS BEST ASS IN TOWN".

The Bishop fainted.

Tuesday, October 2, 2007

Kurang godaan

Seorang gadis yang cantik mengajak seorang paderi yang muda dan kacak untuk bergambar
bersama-sama dengannya.
"Faado mari bergambar dengan saya.' Katanya dengan manja.
"Sori, tak mau" jawap paderi itu.
"Ah! kalau macam ini saya tak mahu kawan dengan Faado lagi!" Katanya merajuk.
"Bagus! Kurang godaan!" Jawap paderi itu lalu pergi.