Saturday, December 24, 2011

Kawan...

Kawan (atau kawan-kawan) bukanlah
pasangan utk mengawan.
Kalau mahu mengawan,
berkahwinlah dulu!
(Hehehe....)


Sunday, November 13, 2011

Bapa bunting kah tuu?

Anak: Mummy, si aunti  besar parut, kenapa tuu?
Mummy: Dia bunting bah tuu....
Anak: Ohhh..Jadi, bapa pun buntingkah tuu?
Mummy: Isss......bapa tuu "gulombon"(gemuk).

Saturday, May 21, 2011

Salahkah tulung tuu.....?

Seorang koboi pergi menonton wayang gambar. Kebetulan tayangan pada hari itu hebat sekali tetapi "Staring" seolah-olah akan dikalahkan oleh Penjahat. Dia sudah menajukan pistolnya kearah "Staring" yang tidak sedar bahawa si Penjahat berada dibelakangnya. Kerana terdorong kuat untuk membantu "Staring" si Koboi yang kebetulan ada pistol telah menembak si Penjahat.Bang! Bang! Bang! Layar putih jatuh! Dan semua orang didalam panggung bertampiran lari keluar ketakutan.....Tidak lama daripada itu, polis datang dan menangkap si Koboi. Lalu dia disiasat polis:
Polis: "Kenapa kau tembak itu layar atai skrin dipanggung?
Koboi: "Salahkan saya tulung tuu Staring?"

Friday, January 14, 2011

Shhhhissss.....

Seorang pemburu sedang mengarah senapangnya kepada seekor rusa, dia dah bersedia untuk menembak tapi tiba-tiba talipin bimbitnya(HP) berdering....dering:
Pemburu: "Helllo..........shissssssssssssss......diam-diam...."
Rusa itu dah mula bergerak, dia cuba memetik senapangnya tapi....
Kawan:"Kenapa?...
Rusa terus berlari.....
Pemburu:"Celaka kau! Saya bilang diam-diam, tingu telepas sudah itu rusa!"
Kawan: "Manalah saya tau kau sedang memburu. Lain kali tutup bah itu HP!"

Peringatan: Lain kali kalau sedang buat sesuatu yang penting  tumpuhkan perhatian. Jangan terlalu asyik menjawap HP. Tutuplah itu HP terutama sekali bila membuat sesuatu yang penting sekali seperti semasa berada didalam Gereja dan ketika sedang memandu kereta.