Showing posts with label isteri. Show all posts
Showing posts with label isteri. Show all posts

Sunday, February 15, 2009

Tahi minum?

"Saya benci betul, isteri saya setiap malam pergi
dari pub ke pub!", kata Jon kepada kawan sepejabat dengannya.
"Oh! Dia tahi minumkah?"
"Tidaklah! Dia ada tabiat yang ganjil! Mencari saya!"
"Untung kau dapat bini macam itu. Dia sayang kau bah tuu...Jon!"

Tuesday, December 2, 2008

Gambar berkuasa.

Isteri: Kenapa Bang, bawa gambar saya ke pejabat?
Suami: Sebab, bila saya tengok gambarmu segala masalah di pejabat saya selesai dan hilang!
Isteri: Wah! Bang.... gambar saya ada kuasa!
Suami: Sebenarnya..... bila saya ada masalah di pejabat, saya tengok gambarmu dan bertanya apakah masalah yang paling besar selain daripada masalah dipejabat. He he he.....

Monday, September 15, 2008

Selepas bergaduh, suami berkata kepada isterinya,'Saya bodoh bah! Kahwin dengan kau!" Isterinya menjawab,'Yaa...darling. Saya terlalu tergila-gilakan kau, itulah saya tak nampak hal itu!"