Tuesday, July 21, 2009

Kerabau


Diana: "Rita, laki saya kan bertambah berat badan sejak kami kahwin. Gemuk bah dia sekarang. Adakah cara kasi kurangkan berat badan cara kampung-kampung punya?"
Rita: "Ada bah tuu. Kamu ada kerabaukah?"
Diana: "Ada. Kenapa?
Rita:"Bah, kau suruh laki kau naik kerabau dan kasi lari itu kerabau kira-kira lima atau lapan kali pusing itu padang setiap hari. Bah, cubalah bilang sama dia. Nanti minggu depan kita jumpa lagi kio..."
(SELEPAS SEMINGGU)
Rita: "Diana, apa macam sekarang laki kau? Tambah hansemkah? Sudah kurus sikit-sikitkah?"
Diana"Huhhhhhhh! Bukan dia yang kurus.... Kerabau yang kurus!"(Ha!Ha ha ha...)


(Nota: Bah, rajin-rajinlah bersukan. Dan jangan talampau makan dan minum dengan pusas! Pandai-pandailah JAGA BADAN. Sayang-sayanglah itu badan. Nanti sakit-sakit sendiri juga yang sengsara. Dan bikin kasi susah orang lagi tuu! He he he...)

Friday, July 17, 2009

Pisang berbuah dua kali...

Guru bertanya kepada murid Kelas Tahun Satu erti "Pisang berbauh dua kali."
Guru : "Kamal apa maksud "Pisang berbuah dua kali."
Murid: "Untung besar, cikgu."
Guru : "Salah!"
Murid:"Cikgu, kenapa pula? Salahkah pisang berbuah dua kali? Untung bah tuu...."
(Guru pun garu-gara kepala sambil tersenyum. Kerana memang
ada ke-logik-an jawapan budak tu. )

Thursday, July 16, 2009

Bukti yang kukuh!

"Marahkah nii?"
"Saya bukan marah."
"Kenapa tinggikan suara?
"Untuk pastikan kau dengar apa saya cakaplah.Bodoh!"
"Bah! Marah lah nii?"
"Kau perlukan bukti yang kukuh?"
"Yaa....tapi apa maksud kau?
Tub! Tub! Tub!
"Kenapa kau tumbuk saya? Aduh...Aduh..."
"Bah! kau mau bukti yang kukuh kan? Rasakan...."

Wednesday, July 8, 2009

Lawyer buruk!

Seorang pekerja didapati "curi tulang".


Boss: "Apa kau ni ! Malas!


Pekerja: "Boss....saya bukan malas. Saya tak suka terlalu banyak aktiviti bah... "


Boss: "Lawyer buruk!"

Pekerja: "Kalau saya Lawyer, Boss. Saya tak kerja sini mah..."

Boss:"LUYAR BURUK!!!

Pekerja: Boss....kalau saya lawyer. Saya saman kau!"

Thursday, July 2, 2009

Sama saja!


Seorang gadis manja berkata,"Bapa, saya akan memutuskan pertunangan saya dengan John."

"Kenapa pula?" soal bapa sambil memegang tangan anak kesayangannya itu.

"Sebab John terlalu cerewet! Sikit-sikit menegur.Malaslah saya asyik kena tegur!" katnya sambil menghentak-hentak kakinya ke lantai. Dan kebetulan pada saat John datang dan berkata:

"Kenapa main hentak-hentak nii. Tak baik begitu didepan bapa."

"Nah kan bapa! Betulkan cakap saya! Johan memang selalu macam ini. Bosanlah saya!"

"Eyeh! Nama dia John lah....bukan Johan."

"Huh! Bapa pun sama saja! Malas saya!