Wednesday, February 25, 2009

Marah-marah

Seorang ibu bertanya kepada suaminya,"Kenapa kau
marah-marah itu anak-anak petang tadi?"
"Saya bukan marah-marah tuu! Saya teriak-teriak
saja bah tuu..."jawapnya sambil besahaja.

Saturday, February 21, 2009

Kek kahwinlah!Wedding cake!

Seorang doktor memberi ceramah kesihatan kepada para warga emas yang kebanyakannya dah menjangkau umur diantara 65 tahun sehingga 75 tahun.
Dia bertanya:" Tahukan kamu apakah makanan yang paling merbahaya dan yang boleh membawa kesengasaraan sepanjang hidup kamu?"
"Makanan yang terlalu banyak garam" kata seorang wanita yang dah putih sekali rambutnya.
"Yaa.....boleh diterima. Ada lagi jawapan lain.."
"Yang manis-manis" sahut seorang wanita yang gigi depannya dah hilang.
"Yaa....betul juga. Ada lagi jawapan lain?"
Tiba-tiba seorang lelaki tua yang kelihatan seperti marah, berdiri dan dengan suara yang kuat berkata"Kek kahwinlah! Wedding cake!!!

Bapa

Seorang anak kecil bertanya kepada ibunya yang dah menjadi janda lebih kurang 4 bulan.
"Mak, bulikah kau beli saya mainan?"
"Buli...Apa kau mau pun?"
"Belikan saya BAPA yaa...."

Monday, February 16, 2009

Smart boy!

A young man goes off to a private boarding college. Half way through his studies, he has foolishly finished all his money. So, he calls home. “Dad,” he says, “You won’t believe this that there is a fantastic program here that will teach a dog, how to talk!”
“Wow! That’s amazing. I'll our dog to that program? How much is the cost?”
“Just $1,500” the young man says.
“Ok." So, his father sends their dog and $1,500. However, sooner than that he runs out of money again. So, he calls home again.
“So how’s our dog doing, my son?” his father asks.
“ Fantastic! Dad, he can talk now!” he says, “but you just won’t believe this, dad. Now, they’ve an advanced class now. They have started to teach the dogs how to read!”
“Read? How do we get our dog in that class?” asks his father.
“Just send $3,500, and I’ll send him to this advanced class.” The money promptly arrives. But there is a real problem. At the end of the year, his father will find out that the dog can neither talk, nor read. So he shoots the dog.When he arrives home at the end of the year, his father is all excited.
“Where’s our dog? I just can’t wait to see him read something and talk!”
“Dad,” the boy says, “I have some bad news. Yesterday morning, just before we left to drive home, our dog was reading the Gossip section of the National Newspaper and then he turned to me and asked, “So, is your daddy still messing’ around with that blonde lady who lives in town?”
The father exclaimed, “I hope you shot that bloody dog! Before he tells your mother!”
“I certainly did, Dad!”
“That’s my boy!”
(Note:The kid went on to be a successful lawyer.)

Sunday, February 15, 2009

Gincu

"Abang, kenapa lama betul pulang hari ini?" tanya seorang isteri kepada suaminya yang dah hampir tengah malam baru pulang dari pejabat.
"Banyak kerja bah! Jadi, Terpaksalah overtime. "
"Overtime kah atau over dating dan... gincu dileher tuu dapat kat mana?
(Moralnya: Jangan berlaku curang. Setialah kepada
pasangan anda sampai mati)

Bergaduh dan racun

Seorang suami bertengkar dengan isterinya sebelum pergi kerja. Di pejabat dia merasa bersalah sekali dan ingin berbaik-baik lagi dengan isterinya. Lalu dia memanggil isterinya dengan Handphone.
"Hello Darling....Sori ahhh...Apa kau masak untuk malam ini?
"Racun!" kata isterinya dengan nada yang tinggi dan masih marah lagi.
"Oh! Kalau begitu, kau buat satu mangkuk saja untuk kau! Saya tidak makan malam ini!"

(Jangan panjangkan pergaduhan suami-isteri tidak baik. Berdamailah...)

Tahi minum?

"Saya benci betul, isteri saya setiap malam pergi
dari pub ke pub!", kata Jon kepada kawan sepejabat dengannya.
"Oh! Dia tahi minumkah?"
"Tidaklah! Dia ada tabiat yang ganjil! Mencari saya!"
"Untung kau dapat bini macam itu. Dia sayang kau bah tuu...Jon!"

Tuesday, February 10, 2009

Siapa yang bodoh?

Seorang bapa begitu beria-ia mahu menunjukkan kepada kawannya bahawa anak lelakinya yang ketiga adalah anaknya yang paling bodoh. Dia meletak RM2.00 ditangan kanannya dan RM.1.00 disebelah kiri lalu memanggil anaknya yang ketiga.
"Boi boi, ambil duit yang kau mahu." Anak itu dengan cepat mengambil wang disebelah kiri lalu pergi membeli gula-gula.
"Nah kan! Betulkan cakap saya. Inilah anak saya yang paling bodoh.Dia bukan ambil yang RM2.00. Dia ambil pula yang RM1.00. Banyak kali sudah saya buat begini tetapi anak nii.....ambil juga yang RM1.00! Bodoh betul!"

Tidak lama daripada itu kawan bapa anak itu terjumpa anak itu sedang memakan gula-gula. Dia bertanya:"Boi boi, kenapa kau tidak ambil yang RM2.00?" Anak itu menjawap:"Kalau saya ambil yang RM2.00, TAMATlah... wayang bapa...."katanya sambil ketawa kecil,"He he he.......Pakcik, siapa yang bodoh?"